PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH
Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah ialah mendapatkan kerjasama daripada pelajar, mengurus persekitaran bilik darjah, guru sebagai role model, memastikan rutin bilik darjah berjalan dengan baik dan mewujudkan hubungan interpersonal yang baik antara guru dan pelajar.
1. KETUHANAN
A) Guru mempunyai niat yang ikhlas dan sentiasa jujur
B) Sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang dipikul
C) Membina kekuatan dan ketahanan diri berdasarkan kepada Tuhan
2. PENGAJARAN
A) Mempamerkan diri sebagai sumber pembelajaran menerusi teladan
B) Perancangan yang sistematik sebelum, semasa dan selepas proses PdP.
C) Dilaksanakan secara tersurat dan tersirat, menyeluruh dan bersepadu
3. PROFFESIONAL
A) Sentiasa berfikiran kreatif untuk mencipta inovasi dalam PdP
B) Peka dengan perkembangan dasar pendidikan daripada pelbagai segi
4. PENYELIDIKAN
A) Mengenalpasti serta menyelesaikan masalah kurikulum bilik darjah
B) Membuat refleksi untuk menambah baik sesi Pdp
C) Membantu untuk meningkatkan potensi pembelajaran serta kemahiran pelajar.
5. PERUNDINGAN
Boleh membuat pertimbangan yang bagus untuk membuat keputusan dalam kurikulum bilik darjah untuk memberi tunjuk ajar kepada murid dan rakan sejawat untuk mencapai maklamat.