KONSEP & PENGERTIAN
KURIKULUM
Sebuah plan pendidikan yang mencakupi keluasan dan kedalaman topic perlu diajar di dalam dan di luar bilik darjah
-
matlamat dan objektif yang perlu dicapai
-
topik yang akan dibincangkan
-
metodologi pembelajaran, pengajaran dan penilaian yang akan digunakan
KURIKULUM SEKOLAH
Semua pengalaman pembelajaran yang dirancang oleh pihak sekolah untuk mendisiplinkan gaya pemikiran dan tingkah laku murid.
KURIKULUM KEBANGSAAN
AKTA PENDIDIKAN 1996
Kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menanam dan meningkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
KURIKULUM BILIK DARJAH
Kurikulum ialah satu rancangan untuk proses pengajaran dan pembelajaran berterusan yang merangkumi aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membantu pelajar mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
PENGURUSAN KURIKULUM
Koleksi aktiviti terancang yang melibatkan pemetaan kurikulum, analisis struktur & kandungan, penilaian, dan penilaian untuk meneliti dan menyesuaikan kurikulum yang digunakan.
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Satu tindakan dan pendekatan yang digunakan untuk mengekalkan norma bilik darjah serta mewujudkan bilik darjah yang kondusif.